Baju Malu Apa Bossku edisi Najib Carian Tertinggi di LAZADA

Barang kali ia jadi slogan terbaharu bekas perdana menteri itu malah dalam hantaran terbaharu menerusi akaun sosial Facebook beliau, selain poster, Najib turut berkongsi gambar dirinya sedang menunggung motosikal.

Dapatkan Dalam Lazada https://www.lazada.com.my/products/malu-apa-bossku-najib-edition-t-shirt-i429097351-s701464759.html?spm=a2o4k.searchlist.list.7.6787608dtHIN1M&search=1

Apa yang menariknya, model Yamaha Y150 itu turut papar nombor pendaftaran agak unik hasil gabungan aksara nombor dan angka 8O55KU seolah-olah jika dipandang sekali imbas ia jadi macam BOSSKU.

10 Barang Popular Yang Orang Malaysia Beli Secara “Online”


Membeli-belah secara online menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Dianggarkan 40% rakyat Malaysia menggunakan smartphone, tablet, laptop dan desktop untuk melakukan transaksi atau membeli sesuatu barang secara atas talian. Di Malaysia, terdapat banyak laman web atau portal yang menyediakan servis jualan atas talian seperti Lazada, Zalora, Mudah dan berbagai-bagai lagi yang tumbuh bagaikan cendawan.

Berikut kami senaraikan 10 barang yang popular di beli secara atas talian oleh rakyat Malaysia.

  1. Power Bank

Sumber dari handphone malaysia

Powerbank adalah keperluan gadget pada masa kini dan boleh dikatakan penting dalam kehidupan seharian. Dengan adanya powerbank, tidak perlu lagi risau apabila bateri phone kita sudah habis. Ramai yang lebih suka membeli powerbank di internet kerana harga ditawarkan lebih rendah berbanding di kedai biasa.

  1. Kasut Tumit Tinggi

Sumber dari telegraph uk

Wanita lebih gemar membeli barang secara atas talian terutamanya aksesori mereka seperti kasut tumit tinggi. Mereka ditawarkan dengan pelbagai pilihan kasut dan rekaan yang terkini serta harganya lebih berpatutan.

  1. Games dan Konsol(PC, XBOX ONE, PS4)

Sumber dari YouTube

Kebiasaanya, “Gamers” akan mendapatkan keperluan gaming mereka di Internet kerana games yang paling “latest” atau terbaru boleh didapati dengan lebih cepat dari kedai-kedai biasa dan harga games kerap dikemaskini.

  1. Alatan untuk fitness serta makanan kesihatan tambahan

Sumber dari United.my

Rakyat Malaysia kini sudah sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan sering mengutamakan gaya hidup yang sihat. Kerana kekangan masa, mereka lebih gemar untuk mendapatkan barangan dan alatan kesihatan di internet.

  1. External Harddisk

Sumber dari Hardware Zone

External harddisk juga menjadi keperluan bagi setiap orang. Dengan kapasiti simpanan yang lebih besar. mereka boleh menyimpan data dan fail-fail penting mereka dengan lebih selamat dan mudah untuk diakses.

  1. Baju dan Mainan Kanak-Kanak

Sumber dari homeshop

Keperluan kanak-kanak dan bayi juga kini terdapat di Internet dengan pelbagai pilihan menarik ditawarkan.

  1. Speaker

Sumber dari guru3d

  1. Handbag Kulit

Sumber dari fantasilk crafts

Semestinya barangan ini menjadi buruan buat kaum wanita. Hihi. Kualiti barang ini yang dijual di internet sama seperti yang ditawarkan di kedai biasa.

  1. Smartphone

Sumber dari SlashGear

Banyak kelebihan membeli secara online antaranya seperti harga yang ditawarkan lebih murah, pilihan smartphone yang lebih banyak dan lebih mudah untuk membeli.

  1. Televisyen

Sumber dari extreme tech

Rakyat Malaysia menjadi lebih yakin untuk membuat pembelian secara online kerana ianya lebih mudah, cepat, dan selesa serta terdapat banyak pilihan barangan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti.

Sumber dari Unitedmy.com

DAP Bantah Kerajaan Tolak Visa Atlet Israel

DAP pernah bantah BN tolak visa atlet Israel

Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini bangkit mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

Menurut Khairy, BN pernah menolak dua permohonan visa daripada atlet Israel bagi Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) pada 2015.

Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Rembau itu, DAP pernah membantah penolakan itu dengan menyifatkan BN menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

“Saya hanya mahu mengingatkan YB Menteri @SyedSaddiq bahawa pada 2015 apabila dua parasailer Israel ditolak visa oleh kerajaan.

“@Khairykj dibantah oleh ahli gabungan anda sendiri,” katanya di Twitter.

Khairy membuat ciapan berkenan setelah Menteri Belia dan Sukan itu mendedahkan BN pernah membuat persetujuan kepada Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) untuk membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Syed Saddiq dalam kenyataan IPC berhubung penarikan balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik antarabangsa di Malaysia.

“Saya agak musykil kenyataan yang dikeluarkan oleh IPC.

“Mereka memaklumkan dalam satu perenggan bahawa pada tahun 2017, ada persefahaman dengan kerajaan sebelum ini bahawa untuk membenarkan dan tiada prasyarat membenarkan atlet Israel untuk masuk ke negara ini.

“Rakan media boleh tanya apa pendirian kerajaan terdahulu mengenai isu ini,” jelas Ahli Parlimen Muar itu semalam.

Khairy turut memuatkan laporan media tempatan mengenai desakan ke atas beliau itu.

Dalam laporan itu, Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin menyelar tindakan Khairy kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi pada ketika itu.

Menurut Zhemin, sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik. -MalaysiaGazette

Paderi ditangkap di Pulau Pinang kerana mencabul wanita


SEORANG paderi ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita yang mahu mendapatkan rawatan di rumahnya, sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Pulau Pinang.

Paderi lelaki berusia 59 tahun itu telah ditahan pada 18 Disember 2018 selepas seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis. Suspek akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada hari Jumaat (28 Disember 2018).

Paderi
Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dilapor berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai seorang kerani datang ke rumah paderi itu bagi mendapatkan rawatan sendi pada 1 Disember.

Menurutnya, paderi itu juga merupakan bapa angkat kepada rakan mangsa.

Tambahnya lagi dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu, paderi berkenaan telah mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah sebelum menanggalkan pakaian mangsa dengan alasan dia perlu mengurut badan mangsa bagi melancarkan aliran darah.

“Paderi itu telah mengurut seluruh badan mangsa sebelum memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, mendakwa Ia merupakan punca penyakit,” kata Nik Ros Ashan.

Tambahnya suspek yang telah berkahwin meminta mangsa agar tidak memberitahu orang lain berhubung kejadian itu.

“Paderi itu dikatakan sering menyentuh badan mangsa di bahagian bahu, dada, dan belakang setiap kali mangsa melawat rakannya di apartmen berkenaan. Suspek juga selalu didakwa berkata mahu merogol mangsa,” kata Nik Ros Azhan.

Menurutnya, pihak polis juga melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh seorang lagi wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa telah dicabul oleh paderi tersebut.

Katanya pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan. Tambahnya, sesiapa lagi mangsa yang telah dicabul oleh paderi itu diminta tampil untuk membuat laporan polis

Persembahan dangdut erotik sebelum pentas runtuh dibadai tsunami (video)


TERSEBAR klip video persembahan dangdut menampilkan seorang penyanyi wanita, menari-nari meliuk lentuk dengan gaya erotik bersama dua orang lelaki yang agak berumur.

Persembahan dangdut itu katanya berlaku sebelum kejadian tsunami di Tanjung Lesung, Indonesia pada 22 Disember lalu.

Berdasarkan “backdrop,” dalam video berkenaan, pentas persembahan itu dipercayai adalah pentas yang sama digunakan oleh kumpulan Seventeen ketika menyampaikan persembahan beberapa ketika sebelum ia runtuh dibadai tsunami.

BACA JUGA — Tsunami tiba ketika persembahan kumpulan Seventeen

Persembahan joget dangdut ini dipercayai berlangsung sebelum kumpulan Seventeen menyampaikan persembahan.

Rakaman video ini tersebar dan menjadi tular di media sosial facebook di kalangan warga Indonesia sejak dua hari lalu.

Mereka menganggap video rakaman ini terlepas pandang dari liputan media arus perdana selain turut menyifatkan joget dangdut itu berunsur maksiat dan selayaknya menimbulkan kemurkaan Allah.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.

Warkah adinda kekanda: “Saya seronok baca komen”- Mujahid

Warkah adinda kekanda: “Saya seronok baca komen”- Mujahid
‘Adinda’ belum jawab warkah ‘kekanda’
Ramai yang memuji cara Nurul Izzah yang profesional dan tidak terkesan dengan kewujudan warkah itu.

MMenteri agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa seronok membaca komen netizen berhubung warkah beliau kepada Nurul Izzah yang mula tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata demikian pada satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua. Terima kasih atas teguran semua. – Mujahid

Walaulaubagaimanapun, beliau memohon supaya isi kandungan suratnya itu dihayati buat generasi muda.

“Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui.” – Mujahid.

Di media sosial, netizen mentroll menteri tersebut bertubi-tubi dengan pelbagai meme, antaranya:

Bekas perdana menteri, Najib Razak turut menaikkan dua hantaran memerli Mujahid.

Semalam, Mujahid menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah berhubung tindakan “puteri reformasi” tersebut meletakkan jawatannya sebagai naib presiden PKR dan jawatan dalam kerajaan.


SUDAH lebih 24 jam, ‘Warkah Dari Cordoba’ untuk Nurul Izzah Anwar belum berjawab.

Warkah sepanjang 25 perenggan itu ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika dalam perjalanan dari Cordoba ke Madrid, dan dimuat naik ke akaun Facebooknya.

Isi kandungannya adalah berkenaan keputusan Nurul Izzah mengundur diri dari jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang, baru-baru ini.

Namun apa yang menarik perhatian ramai tentang warkah itu adalah penggunaan ganti nama dari bahasa Melayu klasik, iaitu kekanda dan adinda.

Carian di akaun Facebook rasmi Nurul Izzah mendapati, entri paling terbaharu dimuat naik 17 jam lalu, dan ia adalah berkenaan lawatan ke tapak pertanian bersama Jabatan Pertanian di Mengkuang Semarak.

Dalam entri itu juga, Nurul Izzah berjanji akan mengusahakan ladang organik untuk penduduk Permatang Pauh.

Di ruangan komen, ada netizen meminta agar ikon politik yang digelar Puteri Reformasi itu segera menjawab warkah tersebut.

“Balaslah warkah Dr Mujahid tu, kasihan dia taip penat tapi YB Nurul Izzah tak jawab,” tulis Hari Zamzi.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji cara Nurul Izzah yang profesional dan tidak terkesan dengan kewujudan warkah berkenaan.

“Izzah, awak buat tak tahu je pasal surat dinda kanda tu. Fokus sekarang kerja untuk rakyat,” tulis Mu Fir pula.

“Tahniah YB. Teruskan berkhidmat untuk rakyat. Teruskan fikir bagaimana nak bantu rakyat. InsyaAllah dengan khidmat yang ikhlas rakyat akan kenang YB sampai bila-bila,” tulis Firdaus Mohd. Ibrahim.

Selangkah Kaki ini Melangkah, 2 Langkah Ingatan Kanda Pada Dinda

WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi,

Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’.

Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh ‘puteri’ ini.

Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan. Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut. Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal kepada politik kepartian. Kekanda pernah dinasihati sifu-sifu parti agar senantiasa fokus dan buktikan nilai diri kita kepada perjuangan parti.

Sehingga kini, di telinga kekanda masih teriang kata-kata penuh hikmah ayahanda kekanda Tuan Haji Yusof Rawa ketika kekanda mengadu padanya tentang persaingan dalam kepimpinan semasa kekanda dalam Pemuda PAS satu ketika dahulu. Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata: “anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai.”

Haji Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: “…buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya”

Sudilah apa kiranya dikongsikan nasihat ini untuk adinda jua semoga dipanjangkan kebaikan nasihat ayahanda Haji Yusof Rawa yang amat dikasihi oleh ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda adalah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.

Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siyasah (politik). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?”

Adinda mewarisi ketokohan siyasah itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita. Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya. Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam politik.

Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi. Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.

Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri ceramah di Melaka hujung tahun 90an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik : “Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini.” Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 90an membawa kekanda berada di atas pentas politik sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding pada PRU 1999.

Alhamdulillah juga kita diketemukan usai PRU 2008 sebagai ahli parlimen hingga kini. Anak ‘remaja mentah’ yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia Baru. Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan.

Adinda Nurul Izzah,

Kekanda amat yakin kebolehan adinda bukanlah kerana ‘menumpang’ nama besar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pepatah Arab ada mengatakan: “bukanlah anak muda hebat itu yang berbangga tentang kegemilangan ayahnya tetapi anak muda hebat ialah yang berkata aku adalah aku”. Kekanda akan berkata, “adinda adalah adinda dari sudut kehebatan dan kemampuan”.

Manusia akan terus berkata, janganlah adinda menjangkakan manusia akan diam dengan kebolehan kita dan kemampuan kita. Sehebat manapun seseorang, dia akan lebih hebat jika manusia terus mempertikaikannya maka terserlah lagi kehebatannya. Para ulama dan ilmuwan yang namanya terukir dibibir orang yang membaca pandangannya tidak dihargai pandangannya begitu sahaja, mereka dikritik malah dicerca dan dicaci sebagai ‘sesat’ dan sebagainya. Lihat siapa mereka hari ini, dimana pencacinya berakhir? Pencaci dan pencacai akan hilang ditelan zaman, yang terserlah ialah kehebatan kepada yang dicaci dan dikritik.

Kekanda tidak tahu tentang adinda tetapi kekanda yakin dengan ‘sunnah’ ini selagi ada kekuatan hujah dan kejelasan pemikiran apa yang kita perjuangkan. Biarkan pengkritik lakukan apa yang mereka pakar lakukan, kita lakukan apa yang kita perlu lakukan iaitu membawa gelombang Malaysia Baru! Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar ini…

Bukan mudah berada dalam parti yang dikatakan kononnya ‘parti anak beranak’. Mereka juga menggunakan istilah yang lebih sofistikated seperti ‘nepotism’. Kekanda tidak pandai guna istilah-istilah ini, apa yang kekanda tahu ialah abaikan semua itu (persetankan, maaf bahasa kasar) kerana adinda bukan apa yang diperkatakan, adinda ada kelayakan tersendiri, amat tidak adil untuk kelayakan ini ‘dimandulkan’ hanya kerana kata-kata sinis seorang, dua. Tiada yang lebih baik dibuat kayu pengukur melainkan dengan istilah al-Quran iaitu ‘al-qawwi’ ‘al-amin’.

Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam politik. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana parti tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi ‘dimalap’.

Hanya satu pesanan sifu-sifu ini:
“…dalam perjuangan tak boleh ‘merajuk’ dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita”.

Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat: “Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula”.

Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar ‘paling bekeng’ dalam politik Kelantan. Beliau jadi juara ‘gedebe’ setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan ‘ketua gangsta’ paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. Dengan latarbelakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya ‘keras’ dan ‘tegas’ namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan. Katanya: “Mujahid akan muncul jadi pemimpin satu hari nanti, lagi tinggi Mujahid naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Mujahid akan memerlukannya”. Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling ‘gedebe’ ini kanda ingin kongsikan dengan dinda. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.

Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah ‘Puteri Reformasi’ milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia Baru. Mereka perlukan ‘puteri’ mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan ‘Puteri Reformasi’ masih utuh? Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia Baru, kita perlu tentukannya bersama.

Adinda tidak perlu bimbang banjiran mereka yang mahu berada dalam Pakatan kita, kita punya kerangka besar yang mereka harus berada dalamnya biar apa parti pun yang mereka pilih di kalangan kita. Kita ada Malaysia Baru yang kita perjuangkan bersama, Puteri Reformasi perlu perkukuhkan Malaysia Baru bagi menjawab kebimbangan ini. Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Malaysia Baru memerlukan adinda.

Adinda Nurul Izzah,
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia Baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia Baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia Baru jadi kenyataan ketika itu.

Kekanda tidak tahu apakah kekanda akan berada di situ nanti tetapi sekurangnya adinda Nurul Izzah mesti teruskan perjalanan ini. Kekanda menghormati keputusan adinda namun kekanda harap adinda membaca warkah ini sehingga habis bukan untuk mengubah pendirian adinda kerana kekanda tahu kekentalan adinda sukar dilenturkan, tetapi untuk menyatakan kepada adinda bahawa perjuangan kita lebih besar dari perasaan dan emosi kita terhadap apa sahaja yang berlaku di hadapan kita. Siapalah kita hanya zarrah kecil membentuk harapan manusia ke arah Malaysia dengan dunia yang lebih baik.

Kenderaan kami menghampiri Toledo, dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios…

Sekian,

Yang Benar,

Kekanda Mujahid Yusof Rawa
(Perjalanan darat dari Cordova ke Madrid)

Sumber : https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/2056760774362745